Rabu, 23 Julai 2014

Tahukah Anda Ketawa Boleh Menyebabkan Kematian?

Tahukah anda, ketawa yang keterlaluan boleh menyebabkan kematian. Terdapat beberapa kes orang mati akibat ketawa yang masih lagi menjadi tanda tanya dan tidak ada penjelasan yang munasabah.

Laugh

Apa yang pasti, semua mangsa yang mati ketawa berlaku selepas mereka ketawa tanpa henti lebih daripada 20 minit.

Isnin, 21 Julai 2014

Kenapa Penjual Jam Set Masa Kepada Jam 10.10?

Jika anda perasan, satu ketika dulu, apabila kita melihat iklan jam, kita akan ternampak jarum jam menunjukkan pukul 10:10 minit.

10 10 minit

Boleh dikatakan, semua pengiklan dan penjual jam akan mempamerkan muka jam mereka berkeadaan begitu.

Tapi, tahukah anda waktu yang dipamerkan muka jam ini adalah simbolik waktu bom atom menghancurkan Hiroshime dan Nagasaki di Jepun.

Jadi, bagi mengenangkan peristiwa berkenaan dan sebagai kempen kesedaran terhadap bahaya bom ini serta mengutuk perbuatan Amerika Syarikat, pengeluar jam mengabadikan waktu ini sebagai malapetaka yang harus dikenang detiknya.

Sabtu, 19 Julai 2014

Keajaiban Memori Bawah Sedar Manusia

Memori manusia mempunyai salinan yang dipanggil memori bawah sedar. Salinan memori ini boleh dipanggil semula namun tidak ramai yang sedar mengenai perkara ini.

Memori Bawah Sedar Manusia

Sehingga ke hari ini, saintis masih lagi tercari-cari kebenaran bagaimana seseorang yang hilang ingatan mampu memanggil semula memori yang hilang ini.

Khamis, 17 Julai 2014

Tahukah Anda Lelaki Juga Menghidap Kanser Payudara!

Pertubuhan American Cancer Society menganggarkan 410 orang lelaki di Amerika Syarikat telah meninggal dunia akibat kanser payudara.

 kanser payudara

Menurut kenyataan pertubuhan itu, kanser payudara adalah kira-kira 100 kali lebih biasa di kalangan lelaki berbanding wanita.

Bagi lelaki, risiko seumur hidup mendapat kanser payudara adalah kira-kira 1 dalam 1,000 orang.

Jumlah kes kanser payudara di kalangan lelaki berbanding populasi penduduk agak stabil sejak 30 tahun yang lalu.

Dipercayai, setakat tahun 2013, sebanyak 2,240 kes kanser payudara dikalangan lelaki dilaporkan berlaku.

Selasa, 15 Julai 2014

Rahsia Unik Huruf X

Tahukah anda dalam susunan huruf alfabet, hanya huruf X saja yang tidak dijadikan nama negara. Boleh dikatakan semua negara apabila disusun mengikut huruf alfabet ada kecuali huruf ini.

x

Ahad, 13 Julai 2014

Tahukah Anda Bagaimana Kucing Minum Air?

Sejak beberapa ribu tahun lalu, tabiat kucing minum air dengan sempurna telah menjadi tanda tanya.

Kucing Minum Air

Sehinggalah satu kajian mengenai tabiat kucing minum dengan sempurna dilakukan oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT), Virginia Tech and Princeton University.

Menurut para pengkaji ini, kucing sebenarnya menyedut air dengan membentuk lidah menjadi huruf J.

Keadaan itu menyebabkan air disedut dengan sempurna tanpa tumpah ke dagu.

Jumaat, 11 Julai 2014

Asal-usul Gelaran Red Indian

Orang asli Amerika dipanggil Red Indian oleh pengembara Eropah. Ini kerana sewaktu mereka mendarat di benua Amerika, pengembara ini percaya mereka telah sampai ke negara India. Nama yang diberikan itu lama-kelamaan menjadi nama kekal untuk suku kaum asli benua Amerika.

Red Indian

Rabu, 9 Julai 2014

Mee Segera, Ciptaan Terbaik Jepun!

Mengikut satu undian yang diadakan di Jepun pada tahun 2000 yang lalu, orang Jepun percaya bahawa ciptaan terbaik mereka pada abad ke 20 ialah mee segera.

Mee Segera

Isnin, 7 Julai 2014

Stesen Kuasa Arang Batu 100 Kali Lebih Tercemar

Sebuah stesen kuasa arang batu akan mencemarkan udara dengan radiasi 100 kali lebih banyak berbanding stesen kuasa nuklear dengan jumlah pengeluaran tenaga yang sama.

Stesen Kuasa Arang Batu.

Ahad, 6 Julai 2014

Pirarucu, Ikan Arapaima Gergasi Di Brazil

Di negara Brazil, terdapat sebuah akuarium kajian hidupan air tawar yang menempatkan seekor ikan Arapaima yang mampu membesar sehingga sepuluh kaki panjang dengan berat 180 kilogram.

Pirarucu

Coelacanth, Ikan Purba Yang Masih Lagi Wujud

Selama ini saintis menjangkakan tidak ada lagi hidupan purba akuatik yang boleh ditemui hidup pada zaman ini.

Coelacanth