Ahad, 6 Julai 2014

Coelacanth, Ikan Purba Yang Masih Lagi Wujud

Selama ini saintis menjangkakan tidak ada lagi hidupan purba akuatik yang boleh ditemui hidup pada zaman ini.

Coelacanth



Namun, selepas membuat beberapa penelitian terhadap fosil-fosil yang ditemui, mereka mendapati wujud sejenis ikan purba yang dikenali sebagai Coelacanth.

Mengikut rekod, penemuan pertama ikan purba ini dilaporkan berlaku pada tahun 1938 oleh seorang kurator muzium di Afrika Selatan.

Menurut pengkaji purba, ikan ini mempunyai ciri-ciri purba yang unik seperti sirip lobus yang berpasangan seakan-akan kaki. Oleh itu ramai pengkaji menamakannya sebagai raksasa makhluk laut.

Sesuai dengan era zaman purba, haiwan purba ini amat sukar dikesan. Mengikut beberapa maklumat, ia hidup pada kedalaman 2,300 kaki di dasar laut.

Setakat ini, spesis ini dipercayai mendiami kawasan laut Comoros dan Sulawesi. Saintis percaya ia mampu hidup selama 60 tahun dengan berat 90 kilogram dan panjang mencecah dua meter.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan